Wednesday, January 28, 2009

Konsep Wacana

Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa woco-no. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, dis-course berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna ‘larian ke dan dari’. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan ke-dua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan, wa-cana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang lin-guistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Menu-rut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada ju-juhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefi-nisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti per-bualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyata-kan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir. Menurut Johnstone, B. (2002:2-4), waca-na dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping po-la bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi.Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempun-yai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, de-finisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang melam-paui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Mereka melihat wacana dan analisis wacana sebagai sama.
Dapat disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa ba-hasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi.
Dijk,T. A.V. (Schiffrin et. al, 2003:352) melihat analisis wacana peringkat kritis se-bagai sejenis kajian analisis wacana yang berfokus pada cara penyalahgunaan kuasa sosial, penguasaan dan ketidaksetaraan dimuatkan, ditampilkan dan dipertahankan melalui wacana dalam konteks sosial dan politik. Penganalisis wacana kritis men-gambil pendirian yang jelas untuk memahami ketidaksetaraan sosial sehingga sang-gup mendedahkan dan memeranginya.

Wacana sebagai unit bahasa yang terbesar dianalisis melalui analisis wacana. Analisis wacana pula berkait dengan pandangan bahasa (Sanat,2005a:131-132). Ada tiga pandangan bahasa pada umumnya: Pandangan positivisme-empiris yang me-lihat bahasa sebagai jambatan antara manusia dengan objek di luar dirinya. Analisis wacana dalam konteks pandangan ini tidak melihat makna subjektif atau nilai yang mendasari penyataan. Sebaliknya, makna penyataan dilihat sebagai kebenaran atau ketidakbenaran sesuatu wacana dari segi tataaturan tatabahasa, seperti tautan dan runtutan.
Pandangan konstuktivisme menolak pandangan positivisme-empirisme yang memisahkan subjek dengan objek. Subjek dianggap sebagai faktor utama dalam ke-giatan wacana serta hubungan sosialnya. Subjek memiliki kemampuan untuk men-
Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu 85
guasai maksud tertentu dalam setiap wacana. Oleh itu, analisis wacana dimaksud-kan sebagai suatu analisis untuk membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek.

Pandangan kritis membetulkan pandangan konstuktivisme yang kurang sensitif kepada proses produksi dan reproduksi makna yang terjadi secara historis dan insti-tusional. Bahasa dalam pandangan kritis difahami sebagai representasi yang berpe-ranan dalam membentuk subjek tertentu, topik wacana tertentu, mahupun strategi di dalamnya. Oleh itu, analisis wacana dipakai untuk membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa.
Di sini, jelas analisis wacana bermaksud sebagai metodologi untuk melihat sama ada makna penyataan sebagai kebenaran atau ketidakbenaran wacana, membongkar maksud dan makna tertentu daripada penyataan subjek, atau membongkar kuasa dan ketidaksetaraan sosial yang ada dalam setiap proses bahasa.

Konsep tatabahasa wacana pula dalam kertas ini selain sebagai tatabahasa yang mencakupi unit tertinggi bahasa, iaitu wacana, juga mengambil kira asas penggu-naan bahasa yang mengambil kira koteks dan konteks yang cukup luas sehingga memungkinkan pengguna peka teks, koteks, dan konteks amalan sosial dan amalan agama. Dengan kata lain, tatabahasa seperti ini dikenali sebagai tatabahasa wacana mega (Sanat, 2005 dan 2006). Konsep tatabahasa ini sama dengan analisis wacana da-ri segi cakupan tumpuan pada wacana tetapi berbeza dari segi konteks amalan dan metodologi. Metodologi analisis wacana sekadar menganalisis yang menurut Johns-tone, B. (2002:2-4) merujuk kepada proses analisis secara eksplisit, sama ada mental atau mekanikal dalam memecahkan sesuatu kepada bahagian kecil.
Latar Belakang Wacana
Menurut Sanat Md. Nasir (2002:1-8 dan12-18), wacana sebagai bidang kajian mempunyai sumber sejarahnya yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban kea-gamaan yang mengkaji kitab agama, seperti teks Veda sejak 1200-1000 S.M. Malah, jika disorot lagi, zaman suhuf-suhuf dan risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal, seawal Nabi Adam.

Dalam tradisi Barat pula, wacana mendapat sumber sejarahnya daripada retorik klasik seawal abad kelima sebelum Masihi. Bidang ini mendapat tumpuan dalam ali-ran linguistik awal oleh Aristotle (384-322 S.M.) melalui retorik dan seterusnya, ali-ran Stoik oleh Zeno pada 300 S.M.
Retorik klasik mula malap dengan munculnya linguistik sejarah dan perbandin-gan pada awal abad ke-19. Pada awal abad ke-20 lahir aliran struktural yang mem-pengaruhi formalis Rusia dan strukturalis aliran Praha seperti pada Morphology of the Folktale oleh Propp (1928) dan tentang perspektif ayat tugasan oleh Mathesius (1939). Daripada beliaulah lahir konsep struktur tema dan struktur maklumat yang menjadi asas runtutan teks.
Di Great Britain, telah berkembang aliran Firth (1935) yang menghubungkan ba-hasa dengan sekitarannya melalui konsep keperihalan keadaan Malinowski. Di
86 Sanat Mohd Nasir
Amerika Syarikat pula terdapat tulisan yang menggunakan ungkapan analisis wacana oleh Harris (1952). Beliau menggunakan prosedur formal tentang penyebaran struktur kelas keserupaan yang melebihi ayat.

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Di Jerman pula, muncul aliran linguistik teks oleh Hartmann. Dan di Great Britain, wujud aliran tatabahasa fungsional oleh Halliday yang seterusnya dikenali dengan linguistik sistemik. Halliday (1962) dalam artikelnya, “Descriptive Linguistics in Literary Studies”, dikatakan telah membuat penyataan awal tentang tautan yang seterusnya kepada pemahaman struktur wacana. Ruqaiya Hassan (1964) dalam tesis Ph.D-nya memperkukuh konsep tautan Halliday tersebut. Pemuka aliran stratifikasi,
Gleason (1968), berpendapat dalam struktur wacana terdapat dua konstituen semologi, iaitu jalur peristiwa dan jalur peserta. Menurut beliau, tautan berada dalam jalur peserta. Dekad 1960-an ini menandakan perkembangan awal analisis wacana moden yang lebih bersifat deskriptif dan struktural terhadap genre wacana popular atau peribumi. Aliran ini bergerak bebas dan bertentangan dengan aliran linguistik semasa, iaitu tatabahasa transformasi generatif.
Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English.
Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang, dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara terbi-tan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981), Intro-duction to Text Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse.

Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan 2003).
Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana ini le-bih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses ba-hasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan merepro-duksi makna.

No comments: